Sampai ke Muktamar Agung PAS pun akan dibincangkan kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menunjukkan betapa penting dan besarnya kes tersebut, dan menjadi salah satu topik utama dalam politik Malaysia hari ini.
Tetapi kes ini memang sepatutnya dibincangkan secara mendalam pun, kerana ia bukan kes ringan, tetapi kes yang boleh melibatkan perkara fitnah, apa lagi terhadap salah seorang pemimpin parti politik besar di Malaysia.
Cuma apa yang diharapkan, pihak yang bersalah dalam kes ini tolong lah mengaku bersalah, dan permudahkan lah kepada masyarakat Malaysia umumnya, kerana kes ini sudah banyak sangat menyusahkan orang lain. Maka tolong lah, mengaku bersalah sahaja dan bertaubat, itu sebaiknya dari membiarkan racun terus meresap dan akhirnya boleh menyebabkan kanser yang tidak dapat diubati lagi, na'uzubillah.
KUALA LUMPUR 2 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dibawa dan dibahaskan dalam Muktamar Agung ke-57 parti itu, esok.
Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat, iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan disokong oleh seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah.
Nik Razi berkata, usul itu dibentang bagi membolehkan perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan serta kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh pakatan pembangkang.
[BERNAMA]
Semuga diberi jalan agar yang samar diterangkan, yang salah dibetulkan, dan jika ada yang teraniaya, dibela.
BalasPadam