Seorang penyelam pakar iaitu Bill Warren mahu menyelam ke Laut Arab untuk mendapatkan kembali kononnya mayat Osama bin Laden.
Penyelam dari California yang berusia 59 tahun itu akan menjelajahi dasar laut untuk mencari mayat Bin Laden.
Warren, yang telah menemui lebih dari 200 subjek yang karam bawah laut, berkata: "Saya melakukannya kerana saya seorang rakyat Amerika patriotik yang ingin mengetahui kebenaran. Saya melakukannya untuk dunia."
"Pentadbiran Obama sepatutnya menerbitkan foto, seperti yang kita lakukan pada Billy Kid, atau (John) Dillinger, atau bahkan Saddam Hussein," Warren juga mengatakan kepada TMZ.
Dia bercadang untuk menggunakan peralatan teknologi-tinggi (hi-tech), kapal dan kapal selam dalam pencarian itu, yang katanya akan melibatkan kos sekitar $400,000 dolar keseluruhan.
Dia berharap untuk mencari dan memulihkan tubuh Bin Laden sebelum mengambil gambar dan rakaman mayat itu, dan melakukan ujian DNA.
[Metro.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)