Bukan sahaja makanan yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi gemuk, tetapi juga banyak faktor lain. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat membuat orang menjadi gemuk, seperti dilaporkan dalam myhealthnewsdaily, Selasa , 10 Mei 2011.
1. Terkena satu jenis strain virus flu
Kanak-anak yang terkena strain virus flu biasa tertentu yang disebut adenovirus 36 lebih cenderung menjadi gemuk daripada kanak-kanak yang tidak mendapat virus tersebut, berdasarkan penemuan dalam jurnal Pediatrics.
Dalam sebuah kajian terhadap 124 kanak-kanak, hampir 80 peratus dari mereka yang terkena strain virus tersebut gemuk. Mereka ditimbang dengan purata 50 pound (23 kilogram) lebih berat dari kanak-kanak yang tidak terkena virus.
2. Pembedahan pembuangan tonsil
Para pengkaji dari St Louis University di Missouri menemui bahawa kanak-kanak yang tonsilnya telah dikeluarkan (dalam pembedahan pembuangan) lebih banyak mengalami kenaikan berat badan setelah pembedahan berbanding dari kanak-kanak yang tidak lakukan pembedahan tonsil.
Para pengkaji menemui peningkatan berat badan dan indeks massa tubuh (BMI) dapat dilihat sampai tujuh tahun setelah pembedahan. BMI meningkat sebesar 5.5 peratus menjadi 8.2 peratus setelah pembedahan. Menurut pengkaji, ini kerana pembedahan yang mengurangi masalah kesihatan lain yang dibawa oleh tonsilitis mungkin dapat meningkatkan nafsu makan anak.
3. Tidak cukup tidur
Orang yang tidak mendapatkan cukup tidur meningkatkan risiko menjadi obesiti, berdasarkan pengkajian di jurnal Archives of Disease in Childhood.
Sejumlah perubahan hormon dan intoleransi glukosa (prekursor diabetes) terjadi ketika tubuh tidak cukup istirehat. Kurang tidur dapat memacu kelaparan dan kelelahan yang dapat mengurangi aktiviti fizik dan menyebabkan kenaikan berat badan, berdasarkan penelitian di jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition.
4. Tidur dengan lampu menyala
Menyalakan lampu ketika tidur malam dapat membuat berat badan anda meningkat, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Penelitian di Ohio State University mengungkap bahawa cahaya terang dapat mengubah sistem metabolisme tubuh. Perubahan itu terjadi kerana jam biologi atau ritma sirkardian mudah terpengaruh oleh adanya cahaya. Obesiti dipengaruhi oleh cahaya terang di malam hari, sebagai faktor alami yang berkaitan dengan jam biologi.
5. Sering terdedah pada pencemaran
Pencemaran memberi kesan pada metabolisme tubuh, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition dan International Journal of Obesity.
Bahan kimia seperti bisphenol A yang ditemui pada plastik dapat mengganggu endokrin yang berhubungan dengan obesiti dengan mengganggu hormon sinyal. Sementara pestisid yang mempengaruhi sintesis hormon dan metabolisme juga dapat menjadikan tubuh mudah gemuk.
6. Gen
Saintis telah mengenalpasti 18 tanda genetik baru dapat berperanan dalam obesiti dan 13 tanda genetik baru dapat menentukan apakah lemak dapat berkumpul di sekitar pinggang atau pinggul, menurut dua kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.
7. Memiliki ibu yang makan tinggi lemak ketika hamil
Para peneliti dari Universiti Cincinnati dan Medical College of Georgia menemui bahawa ibu yang mengambil makanan tinggi lemak ketika hamil dapat menyebabkan plasenta memberikan nutrisi terlalu banyak untuk janin, sehingga dapat menyebabkan bayi lahir dengan berat badan besar yang merupakan faktor risiko obesiti di kemudian hari.
8. Ubat-ubatan
Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk mengendalikan atau mencegah depresi, diabetes, hipertensi dan kehamilan yang tidak diinginkan dapat menyebabkan kenaikan berat badan, menurut jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition.
9. Memiliki ibu yang bekerja
Kanak-kanak dengan ibu bekerja (wanita yang berkarier) lebih cenderung menjadi gemuk daripada kanak-kanak yang tinggal di rumah ibu, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology.
[Di olah dari Detik.com]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)