Berita Terkini

Penerbangan Malaysia (MAS) akan sertai Oneworld

Kapal terbang MAS
SINGAPURA  6 Jun  -  Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyertai gabungan syarikat penerbangan global, Oneworld, yang memberi kelebihan untuk mengakses lebih banyak rangkaian dan perkhidmatan antarabangsa.

Rangkaian perkhidmatan Oneworld kini menjangkau 950 destinasi di 150 negara dengan lebih 2,600 pesawat beroperasi dengan 10,000 penerbangan sehari dan membawa kira-kira 358 juta penumpang setahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Datuk Seri Tengku Azmil Aziz, berkata pihaknya akan memeterai perjanjian penyertaan rasmi dalam gabungan berkenaan dalam tempoh 18 bulan lagi.

Katanya, langkah itu akan membolehkan pelanggan program keahlian MAS menikmati keistimewaan disediakan 14 syarikat penerbangan utama dunia termasuk peluang menggunakan lebih 550 lounge lapangan terbang antarabangsa.

"Kita tidak memiliki penerbangan ke semua destinasi tetapi gabungan ini memiliki rangkaian lebih meluas terutama di Amerika Latin dan Utara. Justeru kita boleh menyertai mereka dan menjalin kerjasama lebih rapat selepas ini.

"Industri penerbangan kini lebih memfokuskan kepada penyertaan dalam gabungan, kami menjalankan kajian secara terperinci mengenai pilihan yang ada dan Oneworld jelas satu opsyen terbaik kepada kami. Masanya sudah tiba untuk menyertai gabungan penerbangan utama global itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlangsung Persidangan Pengangkutan Udara Persatuan Penerbangan Udara (IATA) 2011, di Singapura hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Oneworld, Bruce Ashby; Ketua Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce; Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid serta ketua-ketua eksekutif syarikat penerbangan yang menyertai gabungan itu.

Sementara itu, Joyce berkata, Qantas tampil menjadi penaja kemasukan MAS ke dalam gabungan terbabit berdasarkan reputasi perkhidmatan pelanggannya yang terbaik sesuai dengan fokus pakatan itu sendiri.

Sebelum ini, penganalisis industri penerbangan dilaporkan yakin MAS akan menyertai pakatan Oneworld yang turut dianggotai Qantas dan British Airways.

Menurut mereka, pemangkin bagi keputusan itu adalah pembabitan Qantas dalam Oneworld dan juga kejayaan dicapai oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Oneworld logoOneworld kini menggabungkan syarikat penerbangan terbesar dan terbaik di dunia termasuk American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LAN, Malev Hungarian Airlines, Mexicana, Qantas, Royal Jordanian dan S7 Airlines serta sekutu lain termasuk American Eagle, Dragonair, LAN Argentina, Lan Ecuador dan LAN Peru.

Dua lagi syarikat penerbangan iaitu Airberlin dan Kingfisher turut dipilih menyertai gabungan itu bermula awal 2012.

Oneworld menawarkan lebih banyak perkhidmatan berbanding syarikat penerbangan lain di seluruh dunia termasuklah rangkaian laluan, mendapat pungutan mata penerbangan serta menawarkan lebih banyak kadar tambang berbanding pesaingnya.

[Berita Harian]


Adakah kerana sudah tidak mampu untuk bersaing dengan Air Asia, maka MAS mengambil keputusan ini?

Keluar satu lagi produk yang menggunakan konsep 'ONE WORLD'. Adakah ianya ada kaitan juga dengan One World Government @ New World Order?

Oneworld (CRS: *O), branded as oneworld, is one of the world's three largest global airline alliances with its central management team, Oneworld Management Company, based in Vancouver, British Columbia, Canada. Oneworld was founded in 1999 by American Airlines, British Airways, Canadian Airlines, Cathay Pacific and Qantas. The alliance slogan is oneworld revolves around you and its vision statement is "To generate more value for customers, shareholders and employees than any airline can achieve by itself."

The alliance had the biggest expansion in its history in 2007 when Japan Airlines, Malév and Royal Jordanian joined as full members, while Cathay Pacific's subsidiary Dragonair, five subsidiaries of Japan Airlines and two subsidiaries of LAN joined as affiliate members. In 2009, Oneworld celebrated its 10th anniversary with the introduction of a new standard Oneworld livery, that all of its member airlines adopted on a proportion of their fleets; and a special version of its logo.

By July 2010, Oneworld and its members elect reached over 870 destinations in 146 countries, including announced destinations but not yet commenced. It operates over 9,300 daily flights, carrying 335 million passengers on a combined fleet of over 2,400 aircraft. Since late 2002, Oneworld member airlines have developed common specifications across their engineering and maintenance activities, reducing costs through bulk buying and parts sharing. It was also the first airline alliance to introduce interline e-ticketing across all member airlines' network.

Oneworld was voted the world's Best Airline Alliance in the 2002, 2004 and 2005 Business Traveller Awards. The alliance was also named the World's Leading Airline Alliance for the eighth consecutive year in the 2010 World Travel Awards and the world's Best Airline Alliance in both the World Airline Awards 2010 by Skytrax and in the GT Tested Reader Survey 2010 Awards by Global Traveler.

[Wikipedia]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.