Berita Terkini

Memang tidak wajar samakan isteri taat dengan pelacur kelas pertama

Mungkin niat asal Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed adalah baik dan tidak bermaksud untuk melabelkan layanan isteri yang taat sama seperti layanan pelacur kelas pertama secara muhkam. Mungkin ianya sebagai kiasan sahaja.

Tetapi saya sendiri pun apabila mendengar kenyataan tersebut dibuat dalam akhbar baru-baru ini merasa lain macam juga dan ianya boleh menimbulkan banyak salah tanggapan dan mungkin boleh memburukkan imej seorang isteri.

Makna 'pelacur' itu sendiri pun sudah tidak bagus, apalagi untuk menyamakan peranan seorang isteri sebagai peranan pelacur. Biasanya pelacur bukan melakukan layanan tersebut secara ikhlas, tetapi hanya kerana duit dan kepuasan seksualnya semata.

Seorang isteri yang memberikan layanan yang baik mesti dilabelkan jauh lebih baik (seperti langit dengan bumi) dari pelacur kelas pertama sekali pun, kerana tugas isteri adalah mulia berbanding dengan tugas seorang pelacur. Kerana isteri bukan melayan dari segi seks sahaja, malah pelbagai sudut lagi.

Jika maksud yang mahu diberikan hanya dalam soal seks, maka tidak sepatutnya juga diambil pelacur sebagai contoh, malah boleh sahaja sekiranya dikatakan agar isteri itu mesti BERILMU dalam bab seks, dan mempunyai kemahiran yang dapat membuatkan suaminya puas.

Walaubagaimana pun, masalah ini cuma 'misscommunication' je, bak kata Usop Wilcha. Dr Rohaya Mohamed boleh tarik balik kata-katanya kemudian boleh 'the end' secara baik. Settle :)

KOTA BHARU 12 Jun - Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tangungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.

"Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama.

"Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak," katanya.

Sebaiknya, kalau beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.

Ia kerana, kata beliau, pemimpin keluarga yang baik akan berupaya membentuk isteri yang taat kepadanya.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.