Isnin, 27 Jun 2011

Imej misteri bandar hantu aneh di kaki langit

Adakah ianya bandar hantu atau Orang Bunian? Atau hanya halusinasi? Bagi saya, ianya lebih kepada satu imej yang dipancar oleh sebuah projektor. Mungkin ada yang mahu bergurau tu. :)

Tapi kalau tengok dalam video, nampak macam betul :-?

Imej misteri bandar aneh di kaki langit


Imej misteri bandar aneh di kaki langit



HUANSHAN 27 Jun - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap.

[Kosmo]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.