Michael Anthony Mooney telah melakukan stunt ini dua kali sebelumnya, tetapi tidak ada masalah. Tetapi yang kali ketiga ini menyebabkannya terlantar di hospital kerana cedera parah.
Ahli silap mata yang digelar Moodini (pengaruh nama Houdini) ini melakukan stunt antara perlumbaan di mana dia dirantai pada pergelangan tangannya ke kereta. Kepalanya ditutup dengan beg hitam. Dalam aksi itu, kereta memecut dan Mooney baru saja beberapa saat untuk melarikan diri keluar dari belenggu sebelum dia tercampak ke atas trek.
Dari katil hospital di Atlanta Motor Speedway, Mooney berkata kepada wartawan Channel 2 Action News iaitu Tony Thomas bahawa dia telah patah pergelangan kaki, satu pergelangan tangan, jari dan tulang selangkanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)