Isnin, 30 Mei 2011

Tiga penari separuh bogel dicekup

KENINGAU 30 Mei - Tiga wanita warga asing yang asyik menari dalam keadaan separuh bogel dan mengghairahkan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di pekan ini dalam Ops Bersepadu, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Bahagian Kawalan Penapisan dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sabah, Muhd Khairul Ismail berkata, pusat hiburan itu adalah antara yang diperiksa dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, hanya premis berkenaan menampilkan wanita warga asing beraksi separuh bogel sambil menari bagi menghiburkan pelanggan.

“Ops Bersepadu membabitkan 56 anggota penguat kuasa termasuk polis, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Majlis Daerah Keningau dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

“Hasil pemeriksaan lanjut, Jabatan Imigresen mendapati semua tiga pelayan warga Filipina berusia 20-an itu tidak mempunyai permit sah dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.


[Harian Metro]


Awal-awal pagi lagi dah ada cerita ghairah huhu .......

1 ulasan:

  1. Selamat pagi. Isy isy Pak Unik. Pepagi dah ada berita hangat. Dah sarapan ke?

    Ni yang orang bisingkan pasal pendatang asing ni terutama yang datang secara haram. Selalu digunakan untuk kerja2 seperti ini. Memang patut di tangkap dan dihantar pulang aja.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.