Isnin, 30 Mei 2011

PSSLM catat rekod dunia bersilat tanpa henti selama 10 jam

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berjaya memecahkan rekod dunia apabila bersilat tanpa henti selama 10 jam 4 saat bermula jam 9.30 malam tadi dan berakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Rekod dunia itu dicatat ketika program di Taman Tasik Titiwangsa di sini sempena sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan berkenaan, Julai ini. Rekod ini masuk dalam Guinness Book of World Records dan The Malaysia Book of Records.

Seramai 500 pesilat dari pelbagai usia turut serta. Mahaguru PSSLM Datuk Omardin Mauju berkata, program ini bukan sahaja bertujuan mencatatkan rekod dunia tetapi pada masa sama dapat mengangkat martabat seni silat negara di mata dunia.


[Berita Harian , Utusan Malaysia]

Bersilat tanpa henti selama 10 jam
Kredit gambar : www.silatlincah.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.