Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie, kes perceraian yang berlaku di kalangan pasangan Malaysia Muslim semakin meningkat, iaitu 27,116 kes pada 2009 berbanding 22,289 kes tahun sebelumnya.
Dan berlaku sebaliknya bagi pasangan bukan Muslim, iaitu 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes tahun 2009.
“Bagaimanapun kita tak dapat nafikan bilangan ini adalah jumlah pasangan yang bercerai secara formal atau rasmi.
“Terdapat juga pasangan yang berpisah atau bercerai tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu tidak mendaftarkan perceraian berkenaan,” kata beliau.
Heng berkata lagi, pihak kementerian telah mengambil inisiatif menggubal Dasar Keluarga Negara (DKN) pada Mac lepas bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.
Kes perceraian juga menjadi faktor utama wujudnya kes penderaan kanak-kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lalu melaporkan peningkatan kepada 2,961 kes berbanding 2,789 kes pada 2009.
Pasangan Islam jika tidak mengamalkan apa yang diajar dalam Islam dan ditambah lagi dengan faktor-faktor lain, memang biasanya tidak akan bertahan lama. Semoga kita dapat menambah pengetahuan dan keimanan agar rumahtangga tidak kucar-kacir dan akhirnya runtuh.

[Malaysian Insider , Bernama]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)