Isnin, 30 Mei 2011

Kamera Leica 0-series jadi kamera termahal dunia

Kamera Leica 0-series dari tahun 1923 baru-baru ini telah dijual lelong di West Licht Photographica Auction, Vienna dengan harga €1.32 juta euro ($1.89 juta dollar), menjadikannya kamera termahal di dunia.

Kamera Leica 0-series


Harga permulaannya ialah €200,000 euro ($286,000 dollar) dan dalam masa 20 minit proses membida, harga terus melonjak kepada $1.89 juta dollar. Pembelinya adalah seorang pengumpul peribadi dari Asia yang ingin namanya dirahsiakan, kata galeri WestLicht, yang menyelenggarakan lelong itu.

Rekod dunia sebelum ini dibuat pada tahun lalu ketika seorang pengumpul membayar €732.000 euro untuk daguerreotype, kamera pertama dunia yang dihasilkan secara komersial, yang siap dengan tanda tangan penciptanya dari Perancis.

Lelong kamera Leica 0-series

Untuk kamera digital termahal pula, masih lagi kamera DSLR Hasselblad H4D-60.



[AFP , AP]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.