Selasa, 31 Mei 2011

Jalan pecah, lori jatuh dalam lubang bawah tanah

Sebuah lori melalui jalan yang tiba-tiba pecah, menyebabkan lori itu jatuh merudum ke dalam lubang bawah tanah.

Kejadian ini berlaku di bandar Suzhou, ibukota wilayah Jilin, Timur Laut China.  Dua orang yang berada di dalam lori mengalami kecederaan, namun tidak ada laporan tentang bagaimana teruk cederanya.

Lori jatuh dalam lubang bawah tanah

Pihak berkuasa kini menyiasat kemalangan itu tetapi mereka mengesyaki lori itu membawa paip besi waja yang terlebih berat.

Kemalangan itu hanyalah salah satu daripada beratus-ratus yang terjadi di China setiap tahun, dengan negara itu menjadi salah satu tempat yang paling berbahaya di dunia untuk memandu.

Sekitar 100,000 kematian setiap tahun disebabkan oleh kemalangan lalu lintas, yang merupakan dua kali ganda jumlah di Amerika Syarikat, walaupun AS mempunyai empat kali banyak kenderaan.

Jalan-jalan di sana juga terkenal kerana standard binaan yang serba kurang.


[Dailymail.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.