Selasa, 31 Mei 2011

Empangan baru bernilai RM1.2 bilion untuk Pulau Pinang

Pandainya kerajaan BN mahu membodek rakyat Pulau Pinang, sehinggakan satu empangan bernilai RM1.2 bilion akan dihadiahkan. Bagaimana dengan negeri-negeri yang kuat menyokong BN, tak dapat apa-apa ke? :D

GEORGE TOWN 30 Mei - Kerajaan pusat akan membina sebuah empangan baru di samping memperluaskan lagi Empangan Mengkuang di Pulau Pinang sebagai usaha mempertingkatkan lagi kapasiti air di negeri itu, kepada 3.8 kali ganda.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata projek bernilai RM1.2 bilion itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Perjanjian bersama mengenai projek itu akan ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui dan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Putrajaya Khamis ini.

Menerusi perjanjian itu, Dr Teng berkata kerajaan pusat telah membuktikan bahawa Pulau Pinang akan terus dimajukan walaupun BN adalah parti pembangkang di negeri ini.

"Projek itu membuktikan bahawa kerajaan pusat di bawah BN tidak pernah meminggirkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang seperti yang dilaungkan Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Teng berkata kerajaan pimpinan BN sejak 50 tahun dahulu telah merancang keperluan air dari kawasan pulau dan Seberang Perai dengan membina empangan Air Itam, Teluk Bahang dan Mengkuang.

"Pembesaran dan pembinaan pam air empangan baru dari Sungai Muda ke Empangan Mengkuang dilakukan kerana sebelum ini bekalan air sangat terhad di Pulau Pinang dan kita hanya bergantung kepada sumber dari Sungai Muda,"katanya. [Bernama , Via Harian Metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.