Slider

Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » 12 Serangga terbesar di dunia

Ada bermacam jenis serangga di dunia ini, tidak terkira banyaknya. Yang dijumpai pun sudah tidak terkira, apa lagi masih banyak yang belum ditemui. Berikut ialah senarai serangga yang terbesar di dunia buat masa sekarang.

1 - Titan Beetle



Titan Beetle (Titanus giganteus) adalah dinyatakan sebagai serangga yang paling besar di dunia. Adalah dilaporkan bahawa mereka dapat merobek daging manusia. Ditemui di French Guiana dan kawasan hutan hujan Amazon, Brazil.





2 - Elephant Beetle



Ditemui di Mexico dan juga Venezuela.





3 - Giant Long-Legged Katydid



Belalang Katydid gergasi ini boleh ditemui di Malaysia. Uikks! di Malaysia?  Kenapa saya shoot gambar serangga selama ini tidak pernah ketemu pun yang sebesar ini?  Paling besar saya jumpa pun biasanya besar ibu jari.


4 - Goliath Beetle


Boleh ditemui di Ghana, Ivory Coast / Equatorial Afrika.


5 - Giant Burrowing Cockroach


Spesis Lipas yang terbesar di dunia ini boleh ditemui di Australia.




6 - Giant Walking Stick


Serangga yang seperti batang kayu ini boleh ditemui di seluruh dunia. Saya biasa jumpa yang kecil-kecil (lebih kecil dari jari sahaja).  Di mana boleh saya cari yang sebesar ini ya? :)




7 - Giant Isopod


Tengok dari gambar, macam serangga ini pula yang terbesar. Boleh ditemui di Teluk Mexico.




8 - Atlas Moth

Foto kredit : brassandfrags.blogspot.com

Kupu-kupu yang terbesar di dunia ini boleh ditemui di Asia Tenggara.  Bermakna mungkin ada juga di Malaysia.  Hmmm kena cari ni.






9 - Giant Water Bug

Foto kredit : whatsthatbug.com

Serangga ini sangat besar dan boleh ditemui di sungai-sungai dan kolam. Gigitan nya boleh menyebabkan seorang wanita menjerit juga ni. Di Thailand, ia juga dikenali sebagai satu makanan yang enak.


Giant Water Bug makan Ikan Emas



10 - Acteon Beetle


Acteon Beetle (Acteon Megasoma), spesies lain dari kumbang raksasa di hutan hujan Amazon, Brazil.  Boleh mencapai panjang lebih dari 5 inci dan dapat membesar setebal 1.6 inci.



11 - Giant Weta


Spesis Cengkerik (Cricket) ini boleh ditemui di New Zealand.





12 - Tarantula Hawk


Spesis lebah (Wasp) ini berasal dari Mexico dan boleh ditemui di merata tempat sekarang. Ia dapat nama 'Tarantula Hawk' kerana serangga ini makan labah-labah Tarantula.  Seganas-ganas Tarantula, kena makan dek serangga ini sahaja ya.


Tarantula Hawk menyerang labah-labah Tarantula



Tarantula Hawk membunuh labah-labah Tarantula




[buzzfeed.com , amazingnotes.com]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan: