Berita Terkini

Tarian Poco-poco sudah dibenarkan pula oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Tarian Poco-poco yang sebelum ini pernah diharamkan oleh Majlis Fatwa Perak, hari ni diputuskan  oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk membenarkannya pula, seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Alasannya, selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Garis panduan tersebut ialah yang telah dikeluarkan oleh badan tersebut dalam tahun 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Sementara itu, Tan Sri Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian.


[Bernama]


Persoalannya di sini, mengapa begitu mudah selepas mengharamkan sesuatu, maka menghalalkannya pula? Adakah penelitian untuk menjatuhkan sesuatu hukum itu dilakukan sambil lewa?

Tan Sri Harussani seorang yang alim dan lama dalam ilmu Agama, maka apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan umat, bukan semata-mata mengikut selera untuk mengharamkan sesuatu.

Adakah tidak ada cara lain untuk bersenam dan menjaga kesihatan? Tarian Poco-poco sahaja ke cara untuk menjaga kesihatan?

Sedangkan kita sudah tahu asal usulnya, yang jelas mendapat pengaruh agama Kristian dan unsur-unsur pemujaan roh, sebaiknya kita jauhi saja. Lain lah jika kita sudah tidak ada ALTERNATIF lain untuk menjaga kesihatan. Apa betul tidak ada alternatif lain? 

Lagi pun kebanyakan yang mengamalkan Tarian Poco-poco itu ialah kaum wanita, menari-nari di hadapan orang ramai. Lain lah kalau menari dalam rumah bersama suami dan keluarga sahaja. :)

Memang akhir zaman, yang haram dihalalkan yang halal diharamkan. Nanti lama-lama semakin bercampur aduk, sehinggakan masyarakat sudah tidak kenal mana haram mana halal, dan pendapat ulamak pun sudah semakin dipandang rendah.  Maka pendapat siapa nanti yang kita nak pakai?  Pendapat orang jahil?  Ih ih ih ih ih.  Fikir-fikirkan sebelum terlambat  :)

Di bawah ini hujjah-hujjah dari Ustaz Azhar Idrus, memang bernas! Dengar-dengarkan dan fikir-fikirkan :)

7 ulasan:

  1. Tarian poco poco (line dance) ni memang sejenis senaman yang berkesan. Tidak membosankan kerana dibuat beramai2 dgn penyesuaian musik nya (lagu dangdut).

    http://www.metacafe.com/watch/1276228/poco_poco_dance/

    http://www.youtube.com/watch?v=kYejJp0aEos&feature=player_embedded#at=55

    jika dilihat dari video2 clip diatas ni (kita lihat dance steps nye saje yer). dimana timbul unsur pemujaan roh dlm tarian ini? okey. katakan pelaku nya semua perempuan, berpakaian sesuai muslimah dan ditempat yang tertutup, tidak dilihat oleh yg bukan muhrim.

    sy sekadar mau tahu saje. mungkin ada yg saya missed out. berpeluh peluh jugak klau buat senaman ni walaupun tak serancak senaman aerobics tu. dan memang seronok bila buat ramai2 bersama teman2 ofis. (yg perempuan saje yer)

    BalasPadam
  2. Memang kita tak nampak dengan jelas wahai saudari hehe. Cuma SEJARAH tarian itu sahaja yang berkaitan dengan pemujaan.

    Saya bagi contoh, kalau kita merayakan HARI VALENTINE, sedangkan kita tak niat pun nak sambut sepertimana tujuan asal VALENTINE itu dibuat mengikut sejarahnya. Maka bagaimana tu? :)

    Sambut Hari Valentine tidak ada pun nampak unsur Kristian ke apa, tidak ada pun sambut sejarah paderi Saint Valentine ke apa , tetapi saudara tahu apa HUKUM nya sambut Valentine Day? :)

    BalasPadam
  3. Tiada percanggahan mengenai tarian senaman poco-poco - Mufti Kelantan

    KOTA BAHARU 24 April - Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

    Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

    "Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

    Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.

    "Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan,” katanya.

    Beliau berkata penglibatan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertentangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

    "Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

    Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

    Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

    Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu. - Bernama

    BalasPadam
  4. Selaraskan fatwa agar tidak jadi bahan gurauan

    KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

    Dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.

    “Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.

    Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar,” terangnya.

    Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.

    “Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya,” katanya.

    Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai.

    “Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu,” tambah Tuan Ibrahim.

    Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.


    Bersambung di bawah .......

    BalasPadam
  5. Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

    Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.

    Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.


    Harussani terkejut

    “Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

    “Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini... jadi bagaimana boleh kata macam itu,” kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

    Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.

    “Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,” katanya.

    Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.

    “Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya?

    Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya dengan kesal.

    [Harakah Daily]

    BalasPadam
  6. Memang kita tak nampak dengan jelas wahai saudari hehe. Cuma SEJARAH tarian itu sahaja yang berkaitan dengan pemujaan.

    Saya bagi contoh, kalau kita merayakan HARI VALENTINE, sedangkan kita tak niat pun nak sambut sepertimana tujuan asal VALENTINE itu dibuat mengikut sejarahnya. Maka bagaimana tu? :)

    Sambut Hari Valentine tidak ada pun nampak unsur Kristian ke apa, tidak ada pun sambut sejarah paderi Saint Valentine ke apa , tetapi saudara tahu apa HUKUM nya sambut Valentine Day? :)

    BalasPadam
  7. Tarian poco poco (line dance) ni memang sejenis senaman yang berkesan. Tidak membosankan kerana dibuat beramai2 dgn penyesuaian musik nya (lagu dangdut).

    http://www.metacafe.com/watch/1276228/poco_poco_dance/

    http://www.youtube.com/watch?v=kYejJp0aEos&feature=player_embedded#at=55

    jika dilihat dari video2 clip diatas ni (kita lihat dance steps nye saje yer). dimana timbul unsur pemujaan roh dlm tarian ini? okey. katakan pelaku nya semua perempuan, berpakaian sesuai muslimah dan ditempat yang tertutup, tidak dilihat oleh yg bukan muhrim.

    sy sekadar mau tahu saje. mungkin ada yg saya missed out. berpeluh peluh jugak klau buat senaman ni walaupun tak serancak senaman aerobics tu. dan memang seronok bila buat ramai2 bersama teman2 ofis. (yg perempuan saje yer)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.