Berita Terkini

Burger daging Ular tedung

Jika Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger.

Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak.

Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor.

Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain.

Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya.

Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam.

Harga bagi sebiji burger ular tedung dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).



[Kosmo]


Menurut penjualnya juga, makan daging ular tedung ini boleh menaikkan ghairah seksual. Walaubagaimana pun, di dalam Islam adalah diharamkan memakan daging ular. Ianya termasuk dalam kategori binatang yang merbahaya dan yang nabi suruh bunuh kerana dikatakan jahat.

"Lima jenis binatang yang jahat hendaklah dibunuh baik di tanah halal atau di tanah haram iaitu,  ular, burung gagak, tikus, anjing galak dan helang". [Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan AnNasaa-ie]

Ada yang mengatakan bahawa mereka memakan daging ular tedung ini semata-mata kerana darurat dan mahu jadikannya sebagai ubat. Sebenarnya perkara sebegini belum lagi dikira darurat sekiranya masih banyak lagi ubat lain yang boleh didapati di luar sana. Ini hanya boleh dianggap sebagai satu alternatif lain. Maka satu alternatif yang nyata HARAM, sudah tentu tidak boleh dipilih untuk digunakan sedangkan alternatif yang HALAL sudah banyak boleh diperolehi.

Lagi pun kita lihat pada hadith, dari Ummi Salamah r.a. bahawa Nabi S.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah S.w.t tidak menjadikan ubat untuk kamu pada hal-hal yang telah diharamkannya." [Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban menshahihkan hadits ini].

Makanan-makanan sunnah dan ubat-ubat herba sudah banyak di pasaran dan merata-rata, maka mengapa perlu cari yang mengarut lagi? :)


Baca juga tentang Daging Burger dari najis manusia!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.