Sebuah pejabat seorang doktor di Lorton, Virginia, AS telah dibersihkan selepas dihentam oleh meteorit / tahi bintang, tetapi tidak ada yang tercedera.
Frank Ciampi mengatakan batu dari angkasalepas itu menghentam bangunan tingkat dua di mana dia dan dua profesional perubatan lain bekerja sedikit selepas 5:30 petang hari Isnin. Dia mengatakan meteorit itu telah menghentam bumbung hingga berlubang.
"Saya berada dalam bilik pejabat saya melakukan carta," imbas Ciampi. "Dan saya mendengar bunyi yang keras, hampir seperti letupan kecil."
Dia berlari ke arah pejabat dan kemudian melihat semua serpihan-serpihan dalam ruang masuk. Lantai di luar bilik pemeriksaan No 2, sekitar 10 meter dari tempat Ciampi membuat kerja penulisannya, dipenuhi potongan-potongan kayu kecil, plaster dan insulasi.
Selepas itu beliau melihat tiga bongkahan batu di lantai yang bersama-sama membentuk batu sebesar bola tenis, dengan permukaannya yang licin dan seperti kaca.
Pada mulanya Ciampi tidak tahu apa yang harus difikirkan tentang batu-batu itu, namun pengurus pejabat itu mengatakan ianya mungkin sebuah meteorit.
Seorang saintis planetary di Smithsonian Institution's Museum of Natural History, Cari Corrigan, mengesahkan hal itu. Katanya Meteor tersebut beratnya hanya setengah paun (226 gram) dan mungkin melakukan perjalanan sekitar 220 batu per jam ketika menghentam bangunan.
Via - Washington Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)