Berita Terkini

Foto-foto angkasalepas menakjubkan dirakam dari bangsal halaman rumah



Ahli astronomi amatur ini telah mengejutkan para astronomi di seluruh dunia dengan foto-foto angkasalepas - yang diambil dari dalam bangsal di halaman rumahnya.

Peter Shah, 38, menebuk lubang di bumbung bangsal kayu dan meletakkan sebuah teleskop sederhana lapan inci di dalamnya. Setelah berbulan-bulan sabar menunggu saat yang tepat, dia muncul dengan siri gambar-gambar menakjubkan galaksi Bima Sakti / Milky Way galaxy.



Gambar-gambarnya yang terang dengan pelbagai kumpulan bintang yang bertahun cahaya dari Bumi telah dibandingkan dengan gambar yang diambil dengan teleskop angkasa Hubble yang berharga £2.5 billion.

Tetapi Syah hanya berbelanja sebanyak £20,000 untuk melengkapi halamannya dengan sebuah bangsal lengkap dengan teleskop dihubungkan ke komputer di rumah. Dia berkata: "Kebanyakan lelaki suka memandang sambil lewa sahaja pada bangsal halaman mereka - tetapi saya agak sedikit lebih berteknologi tinggi daripada kebanyakan yang lain.

"Saya telah melengkapinya dengan bumbung 'sliding' jadi saya dapat duduk dalam keselesaan dan memandang langit. Saya punyai kelengkapan yang sederhana tetapi ianya menunjukkan bahawa sebuah tingkap ke alam semesta ini adalah untuk kita semua - walaupun dengan bajet terkecil.

"Saya harus bersabar dan mengambil gambar selama tempoh beberapa bulan kerana langit di Britain sering mendung dan anda perlu kondisi yang jelas."



Pekerja pejabat tersebut, yang tinggal di sebuah banglo di kawasan bukit Meifod, berhampiran Welshpool, Powys, telah menjadi ahli astronomi sejak ibunya membelikannya sebuah teleskop berharga £5 ketika dia berusia tujuh tahun.

Gambar dalam koleksinya termasuklah Monkey's head nebula, M33 Pinwheel Galaxy, Andromeda Galaxy dan Flaming Star Nebula.



Foto-foto yang hebat, masing-masing terdiri dari sekitar 30 frame, telah diterbitkan dalam sebuah buku baru berjudul Mirror Image. Isteri Shah iaitu Lisa telah menyokongnya dengan sama-sama menemani mencerap langit pada malam hari - yang sentiasa membekalkan kopi padanya.

Gambar-gambar dari buku dan foto-foto lain boleh dilihat di http://www.astropix.co.uk




1 ulasan:

  1. Subhanallah... Awak, ini adalah gambar2 tercantik yg pernah saya lihat seumur hidup saya. Thanks for sharing.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (63) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.