LONDON - Seorang remaja ditikam sampai mati, disyaki dilakukan oleh sahabatnya, selepas keduanya bertengkar dalam jemputan parti Facebook.
Salum Kombo, 18, ditikam berulang kali dan berjalan terhuyung-huyang sejauh 400m sebelum rebah dalam genangan darah.
Dia dikatakan telah diserang oleh kawan lamanya yang berusia 15 tahun yang menyimpan dendam kerana dia telah menunjukkan "tidak hormat" dalam posting di laman rangkaian sosial popular itu.
Kombo, yang meninggal di sebuah jalan selepas serangan Ahad lalu, dikatakan telah diancam selepas memberi komen di profil remaja lelaki lain sehari sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)