Berita Terkini

Raja dadah Mexico akhirnya terbunuh

Sebanyak dua ratus anggota marine, puluhan kereta perisai, 10 granad tangan, dan beberapa ratus butir peluru mesingan. Pertempuran rumah ke rumah bermula lebih awal pada hari Rabu pagi dan berlangsung selama dua jam. Pada akhirnya, lima orang ditembak mati. Salah satunya adalah Arturo Beltran Leyva, raja dadah Mexico.

Pembunuhan raja dadah yang mendapat gelaran "boss of bosses" itu menandakan kemenangan terbesar bagi Presiden Felipe Calderó dalam usahanya memerangi gejala dadah.

Karier jenayah Arturo bermula pada tahun 1970-an, ketika dia mula bekerja untuk Joaquin "El Chapo" Guzmán, pemimpin 'Sinaloa Cartel'. Dia memisahkan diri pada tahun 2003, dan membina sebuah pertubuhan yang mengendalikan petak utama laluan utara-barat melalui kokain dan heroin yang diseludupkan dari Amerika Selatan ke Amerika Syarikat.

Model kegiatannya berkisarkan ketakutan. Saingannya akan ditemui dipenggal, dengan selembar kertas bertulis "boss of bosses" yang melekat pada mayat mereka yang dimutilasi. Gengnya juga menikmati kejayaan besar merasuah ahli politik dan pegawai keselamatan untuk memberitahu mereka sekiranya akan datang serbuan polis dan tentera.

Presiden Calderó telah mengerahkan 49,000 tentera untuk menghadapi "perang melawan dadah". Pertempuran antara polis dan saingan cartel menyebabkan kematian seramai 6,000 orang tahun lalu, dan setakat ini telah mengorbankan hampir 7,500 pada tahun 2009, sebahagian besar di bandar-bandar sempadan AS seperti Tijuana dan Ciudad Juarez.


Via - The Independent



Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah swt. akan mengubah mereka menjadi kera atau babi" Hadith Riwayat Ibnu Majah



Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Ianya termasuklah dadah, pil-pil khayal dan minuman-minuman beralkohol lain yang memabuk dan mengkhayalkan.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. Dan jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi, seperti melompat-lompat berjoget dan bersuka-ria.

"Dan belanjakanlah kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." Surah Al Baqarah : Ayat 195

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.