Karen Wilkinson-Wigham membuat diari yang lengkap untuk mengingati hari-hari dalam hidup anaknya. Dia terpaksa menulis diari khas untuk anaknya kerana dia mengalami masalah memori akibat dari penyakit meningitis.
Ibu yang berasal dari Colne, Lancashires berusia 37 tahun ini telah diserang TB meningitis pada tahun 2005 yang menyebabkannya koma dan terlantar dalam unit rawatan rapi.
Meskipun dia telah pulih dari keadaan yang fatal, yang disebabkan oleh jangkitan dan radang pada lapisan dalam otak, ia telah menyebabkan kerosakan kepaad memori jangka pendeknya.
Akibatnya dia akan menjadi lupa pada kejadian-kejadian hanya selepas beberapa hari sahaja. "Saya tidak biarkan semua ini membuatkan saya berputus asa. Sebaliknya saya merasa bertuah kerana masih hidup dan dikurniakan dengan seorang bayi yang sangat comel."
Via - Telegraph.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)