Selasa, 12 Mei 2020

Kisah Umar Al-Khattab ajak Sahabat-Sahabat bercerita tentang Jin


Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Dunya, dari Muhammad bin Muslim, bahawa suatu hari Umar bin Al-Khattab r.a berkata kepada orang-orang yang duduk bersamanya, "Sampaikan lah suatu cerita berkenaan dengan jin."

Maka berkatalah seorang lelaki, "Wahai Amirul Mu'minin, aku bersama dua orang teman ku pergi ke Syam. Di tengah jalan, kami menangkap seekor kijang yang telinganya terbelah, sehingga jumlah kami menjadi empat. Tiba-tiba di belakang kami ada rombongan lain. Ada yang berkata, "Beri mereka jalan."

Aku berkata, "Tidak. Aku tidak akan memberikan jalan kepada kamu."

"Boleh jadi kamu tahu perjalanan kami, yang jumlah kami lebih dari sepuluh."  Jawab rombongan tadi.

Lalu kami saling bergandingan tangan dan aku menjadi takut sendiri wahai Amirul Mu'minin, hingga kami tiba di sebuah biara yang disebut Diir Ad-Dhaiif. Akhirnya kami pergi bersama-sama. Ketika itu terdengar suara. "Wahai rombongan yang berjumlah empat. Berikan jalan kepada pejalan yang takut. Perlahan lah sedikit kerana bumi masih lapang. Aku tidak mengatakan suatu kedustaan."

Maka aku memberikan jalan kepada mereka, disamping kami mempunyai keperluan lain yang tidak dapat dihindari.  Kami singgah di satu perkampungan yang besar. Di sana kami dijamu dengan makan dan minum. Setelah itu kami melanjutkan perjalanan hingga ke Syam. Setelah semua urusan selesai, kami kembali lagi. 

Ketika kami melewati perkampungan yang kami singgah tadi, ternyata di sana tidak ada bekas apa-apa. Maka yakin lah kami bahawa mereka adalah bangsa jin. Ketika kami tiba di biara, terdengar suara yang berkata;

"Jangan lah terburu-buru, ambil lah dan percayalah. Kerana aku tawanan pada masa peperangan meletus. Telah terbit bintang yang bersinar terang. Memiliki ekor seperti cahaya yang benderang. Keluar dari kegelapan kesulitan perkara. Aku adalah pembawa berita yang dapat dipercaya."

Lalu aku kembali wahai Amirul Mu'minin, yang ternyata ketika itu Nabi S.a.w sudah muncul dan menyeru kepada Islam, dan aku pun masuk Islam."

Kemudian berkata pula seorang lelaki lain, "Aku juga mempunyai cerita tersendiri wahai Amiirul Mu'minin. Aku keluar bersama seorang teman ku kerana suatu keperluan. Kami berpapasan dengan seorang yang naik unta. Setibanya di Mizjar, orang itu berseru, 

"Ahmad, hai Ahmad. Allah Maha Tinggi lagi Maha Pemurah. Muhammad datang dengan Tuhan yang diesakan, menyeru kepada kebaikan. Maka hanya kepada-Nya lah kamu bergantung."

Perhatian kami tertuju kepada perkataan itu. Lalu tiba-tiba terdengar suara dari arah kirinya, "Apa yang dijanjikan dari belahan rembulan akan terwujud. Demi Allah akan tiba saatnya ketika suatu agama akan menyerlah."

Aku pun kembali, yang ternyata Nabi S.a.w sudah diutus. Maka aku pun masuk Islam.

Umar r.a berkata, "Aku pula, ketika aku berada di sebuah bukit berdekatan tempat tinggal kami, tiba-tiba terdengar suara dari bahagian dalam bukit. "Wahai anak bukit, wahai anak bukit. Ada suara yang berseru menyampaikan urusan yang akan memuncak dan petunjuk yang membawa kejayaan, yang menyatakan bahawa Tiada Tuhan selain Allah."

Aku membalikkan badan, yang ternyata Rasulullah S.a.w sudah muncul."

[ Luqatul Marjaan fii Ahkaamil Jaan, m/s 138 - Imam As-Suyuthi ]


Kisah Umar Al-Khattab ajak Sahabat bercerita tentang Jin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.