Khamis, 14 Mei 2020

Kisah Rasulullah mendamaikan Jin Muslim dan Jin Musyrik yang Berperang


Diceritakan kepada kami oleh Abu Muhammad bin Hayyan, dari Abu Bakr bin Ma'daan, dari Ibrahim bin Sa'ad Al-Jauhari, dari Abdullah bin Katsir bin Abdullah bin Hafs bin Abi Katsir berkata; Telah memberitahu kami Katsir bin Abdullah dari  ayahnya dari datuknya dari Bilal bin Al-Harits berkata;

"Kami pernah pergi bersama Rasulullah S.a.w dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan aku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya.

Kemudian beliau S.a.w datang, dan mengatakan kepada ku, "Apakah kamu memiliki air?" Aku berkata; "Ya".  Beliau berkata, "Tuangkan." Beliau mengambilnya dariku kemudian berwudhu'.

Maka aku berkata, "Wahai Rasulullah, aku mendengar bersamamu, satu pertempuran yang aku tidak faham bahasa mereka. "

Beliau bersabda, "Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim aku tempatkan di kawasan yang bernama Al-Jalsu, dan jin yang Musyrik aku tempatkan di kawasan yang bernama Al-Ghour."

Apakah Al-Jalsu dan Al-Ghour itu?  Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Al-Jalsu adalah suatu tempat yang terletak di kawasan desa dan pergunungan, sedangkan Al-Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Al-Jalsu kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Al-Ghour jarang sekali yang selamat.


[Dalaa-ilun Nubuwwah Lil Ashbahaani , m/s 597 - 598, hadits ke 542 - Abu Nu'aim Al-Ashbahaani]


Kisah Rasulullah mendamaikan Jin Muslim dan Jin Musyrik yang Berperang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.