Isnin, 13 April 2020

Smartphone guna WiFi untuk internet tanpa Sim Card

Smartphone guna WiFi untuk internet tanpa Sim Card
Terlebih dahulu saya kena beritahu bahawa trick ini hanya saya cuba dengan smartphone Samsung Galaxy Note II (tak ada duit nak beli smartphone mahal-mahal boh. Yang ini pun ada kawan hadiahkan untuk bantu saya bikin video untuk channel Youtube. Kalau harap nak beli sendiri? MAMPUS tak dapat). Kalau smartphone lain tidak berkesan maka saya tidak tahu.

Saya saja nak kongsi kerana pening juga kepala saya waktu tidak dapat sambung Internet melalui WiFi, sedangkan WiFi dapat dikesan. Kerana sebelum ini, pada setting modem saya hanya ON kan WiFi yang berfrekuensi 2.4GHz, kerana saya hanya guna laptop lama yang hanya support 2.4GHz.

Tetapi setelah saya cuba ON kan WiFi yang 5GHz, tanpa mengubah apa-apa setting lain, barulah dapat CONNECTED melalui WiFi pada modem masuk ke Internet.

Sekian dimaklumkan, mana lah tahu ada orang-orang yang mendapati permasalahan seperti ini, maka cuba lah ON kan WiFi 5GHz dalam ruangan WLAN pada setting modem, kalau masih belum ON.

Selamat semuanya, Stay at Home. Wassalaamu'alaikum w.b.t.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.