Isnin, 23 Mac 2020

Syria hentikan penerbitan akhbar bercetak untuk menangani COVID-19

Syria hentikan penerbitan akhbar bercetak untuk menangani COVID-19
Kementerian Penerangan Syria memutuskan untuk menggantung penerbitan akhbar bercetak sehingga notis selanjutnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk memerangi wabak coronavirus (COVID-19).

Kementerian itu berkata akhbar akan terus mengemas kini laman web dan halaman mereka di rangkaian sosial, menjalankan peranan pendidikan dan maklumat mereka pada peringkat ini dalam memerangi COVID-19.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat di kementerian yang dihadiri oleh editor-in-chief akhbar tempatan.

Syria mengesahkan kes pertama coronavirus pada 22 Mac.



Laporan dari Bernama pula mengatakan bahawa Majlis Media Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga telah menghentikan pengedaran semua akhbar, majalah dan bahan bercetak berkuat kuasa Selasa (24 Mac).

Keputusan itu turut mengharamkan pengedaran bahan bercetak, termasuk iklan, di kompleks kediaman, restoran, hotel, pusat kesihatan dan klinik, ruang menunggu di sektor awam dan pusat perkhidmatan sektor swasta.


p/s: Bagaimana pula dengan syarikat akhbar, majalah dan seumpamanya di negara-negara kita?  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.