Selasa, 9 Jun 2020

Kisah Lelaki Psikik di zaman Khilafah Bani Umaiyyah


Kisah Lelaki Psikik (yang dapat membaca fikiran orang) di zaman Khilafah Bani Umaiyyah

Ibnu Abi Daud meriwayatkan dari Al-Hajjaj bin Yusuf, bahawa dia datang kepada seorang yang dituduh sebagai tukang sihir, lalu dia bertanya, “Apakah kamu seorang penyihir?”

Dia menjawab, “Bukan.”

Kemudian, dia mengambil segumpal batu kerikil dan menghitungnya, lalu berkata kepadanya, “Berapa jumlah kerikil di tanganku?”

Dia mengatakan, “Jumlahnya sekian … sekian …,” lalu dia melemparkannya.

Selanjutnya dia mengambil kerikil yang lain tanpa menghitungnya dan berkata, “Berapa kerikil yang ada padaku?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak tahu.”

Al-Hajjaj berkata, “Bagaimana anda mengetahui yang pertama, tetapi tidak tahu jumlah yang kedua?”

Dia menjawab, “Yang pertama engkau mengetahuinya, sehingga bisikanmu mengetahuinya juga. Lalu, bisikanmu mengkhabarkan kepada bisikanku. Sedangkan yang kedua kamu tidak tahu, sehingga bisikanmu juga tidak mengetahuinya, maka ia tidak memberitahukan kepada bisikanku, kerana itu aku tidak mengetahuinya.”


[Luqatul Marjan fi Ahkaamil Jaan, m/s 88 - Imam As-Suyuthi]


Kisah Lelaki Psikik di zaman Khilafah Bani Umaiyyah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.