Selasa, 10 Disember 2019

Salah kah kita panggil Jin dengan panggilan Hantu?

hantu putih
Mungkin ada orang tak suka kalau Jin dipanggil dengan nama lain seperti hantu ke, Kuntilanak ke, Genderuwo ke, Hantu Raya ke, Pocong ke apa ke ke ke ke dan ke. Katanya Al-Quran hanya sebut jin, maka hantu semua ini tak ada, dan mereka hanya boleh dipanggil sebagai jin sahaja. Salah kalau kita sebut hantu. 

Hehe, kalau gitu, kita panggil manusia ini manusia / orang, sedangkan Al-Quran tak sebut pun manusia / orang, malah Al-Quran hanya sebut Insan (singular) / An-naas (plural). Maka, salah lah kita sebut manusia ya?  :-D

Soal panggilan itu hanya perbezaan dari segi bahasa wahai saudara-saudari. Nak panggil apa pun panggil lah, asalkan kita YAKIN bahawa mereka itulah makhluk halus yang dimaksudkan oleh Al-Quran sebagai Al-JIN. Yang penting kita percaya bahawa mereka itu WUJUD kerana Al-Quran yang menyebutnya. Soal nak panggil GELARAN mereka itu apa adalah untuk MEMPERMUDAHkan sahaja, kerana Jin pun ada BANYAK SPESIS. Apabila lain jenisnya, maka lain lah fungsi, cara nak hadapi mereka, bau badan mereka dan sebagainya. Maka itu semua hanya untuk MEMPERMUDAHKAN sahaja, harap maklum.

Manusia pun ada macam-macam bangsa. Ada Amerika Latin, Cina, Arab, India, Melayu, dan sebagainya.  Al-Quran pun tak sebut itu semua. Maka mereka dipanggil dengan gelaran-gelaran tersebut hanya untuk mempermudahkan. Sama lah hal nya dengan jin, faham kan?

Jadi TAK PAYAH lah nak bertikam lidah, berkelahi, bergaduh hanya kerana perbezaan PANGGILAN / GELARAN itu ya.  

Sila baca juga tajuk yang berkaitan iaitu Adakah hanya Ustaz yang boleh bercakap tentang Jin?


Sekian Wallahu a'lam, Wassalaamu'alaikum.  :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.