Ahad, 17 November 2019

EVOS LEGENDS muncul sebagai Juara Pertama pertandingan Mobile Legends Bang Bang peringkat Dunia

Setelah 7 hari berlalu (peringkat saringan + playoff) dengan 16 pasukan dari 13 negara berentap di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (playoff 15 - 17 Nov, 2019) di dalam pertandingan Mobile Legends: Bang Bang peringkat dunia iaitu MLBB World Championship 2019 atau lebih dikenali sebagai M1, akhirnya pasukan EVOS LEGENDS dari Indonesia berjaya menjulang trofi dengan menjadi Juara merangkap Juara Dunia Pertama pertandingan Mobile Legends yang julung-julung kali diadakan ini.

EVOS LEGENDS  muncul sebagai Juara Pertama pertandingan Mobile Legends Bang Bang peringkat Dunia

Piala MLBB World Championship 2019
Piala MLBB World Championship 2019

Hadiahnya bukan sembarangan, iaitu wang tunai sebanyak USD 80,000 (lebih kurang RM 320,000) telah dikaut oleh juara. Keseluruhan hadiah bernilai USD 200,000.

Juara                 -   EVOS LEGENDS (Indonesia)
Naib Juara         -   RRQ / Rex Regum Qeon (Indonesia)
Tempat Ketiga   -   Todak (Malaysia)

Oura dari pasukan EVOS LEGENDS menjadi MVP dan mendapat hadiah tambahan sebanyak USD 3,000.


Senarai pasukan yang menyertai:

1   - EVOS ESPORTS (Singapura)
2   - Rex Regum Qeon (Indonesia)
3   - Impunity (Kamboja)
4   - Vec Fantasy Main (Vietnam)
5   - Burmese Ghouls (Burma)
6   - Axis Esports Club (Malaysia)
7   - Candy Comeback (Laos)
8   - Team Gosu (USA)
9   - Sunsparks (Filipina)
10 - Todak (Malaysia)
11 - Geo Esports (Brazil)
12 - Evil Esports (Turki)
13 - EVOS LEGENDS (Indonesia)
14 - Onic PH (Filipina)
15 - Deus Vult (Rusia)
16 - 10Second Gaming+ (Jepun)

Negara yang menyertai MLBB World Championship 2019


Perlawanan Akhir Mobile Legends Bang Bang World Championship 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.