Rabu, 7 Ogos 2019

Tandas Meletup selepas berlaku Petir

Satu panahan petir ke atas sebuah tangki septik di Florida, Amerika Syarikat, menghasilkan suatu yang tidak disangka, iaitu tandas meletup di dalam rumah.

Tandas Meletup selepas berlaku Petir

Marylou Ward, pemilik bersama sebuah rumah di Port Charlotte, berkata terdapat ledakan kuat pada hari Ahad lalu apabila kilat menyambar tangki septik di rumahnya dan menyebabkan tandas di dalam rumah berkecai.

Beliau berkata panahan itu memusnahkan paip dalaman rumah dan memusnahkan tangki septik. Tambahnya lagi, keluarganya bernasib baik kerana tidak ada yang menggunakan tandas semasa kilat berlaku.

Ward berkata tukang paip yang memeriksa kerosakan itu menjelaskan, petir tersebut menyalakan gas metana di dalam tangki septik, yang menyebabkan letupan itu.

[UPI]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.