Rabu, 6 Mac 2019

Media Sosial dan Online Games memudahkan kita kenal dan tahu ISI HATI orang

Wallpaper Islamik kata-kata hikmahDulu kita payah untuk kenal dan tahu apa yang bermain di minda dan hati orang lain, melainkan orang-orang yang 'share' terus kepada kita sahaja, seperti kawan rapat dan saudara dekat.. Sekarang, dengan adanya Facebook, Youtube, Twitter dan media-media sosial lain, seolah-olah masing-masing menelanjangkan isi hati masing-masing sama ada secara sedar atau tidak.

Perhatikan kepada para keyboard warriors yang semakin bercambah di dunia maya, dengan cakap yang tidak bertapis, bahasa-bahasa yang sangat kesat dan kotor, tohmahan-tohmahan seolah-olah membaca puisi sahaja bagi mereka. Langsung tidak ada rasa hormat pada orang lain, langsung tidak sabar, hanya menelempiaskan kemarahan mereka bertubi-tubi sampai mereka rasa puas hati.

Kebanyakan mereka ini, kalau berdepan dengan orang di dunia nyata, tidak berani pun bertindak begitu. Masing-masing berlakon, memendam rasa, dengan kata lain TIDAK BERANI sebenarnya untuk bertindak liar dan biadab kerana masing-masing tahu ia akan memberi kesan buruk yang mendadak dan 'instant' kepada mereka sendiri. Justeru kebanyakannya mungkin bertubuh lemah dan bukan orang yang kuat pun. Cuma peluang mereka nak tunjuk hero hanya di internet kerana orang lain berada jauh dan tak kenal serta tak dapat lihat siapa dia.

Apabila berada di dunia maya di internet, baru mereka tunjukkan APA yang sebenarnya bergejolak dalam hati kecil mereka. Sama kes dengan orang yang suka BERCAKAP BELAKANG orang (mengumpat, menghina, memburukkan atau mentohmah). Sudah tentu mereka TAK BERANI untuk bercakap depan-depan / bertentang muka. 

Ya, kebanyakan kata-kata yang dilontarkan, itulah LUAHAN HATI mereka sebenarnya. Sama ada baik atau buruk, terpulang kepada JENIS HATI masing-masing. Yang baik meluahkannya dengan cara baik, yang buruk ya lihat saja di sana sini di internet. Kalau sekali-sekala itu mungkin normal dan boleh diterima lagi, kerana manusia ada TAHAP KESABARANNYA. Tapi kalau asyik-asyik muka sama yang melalak dan bercakap kotor, nah apa lagi kalau bukan dia sendiri yang memang jenis begitu.

Mereka mungkin lupa, buat-buat lupa atau tidak tahu pesan Nabi S.a.w iaitu "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam .." [HR Bukhari]

"Sesungguhnya orang yang paling dimarahi oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar." [HR Bukhari]

Mungkin mereka rasa kata-kata buruk mereka di internet tidak sama dengan kata-kata oleh MULUT di dunia sebenarnya. Walhal keduanya adalah sama sahaja, iaitu kesannya MENYAKITKAN HATI orang lain.

"Sesungguhnya umatku yang rugi adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan shalat, puasa, dan zakat, tetapi dia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum dipenuhi. Selanjutnya, sebahagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka." [HR Muslim]

Spesis BUSUK HATI tetapi PENAKUT ini sama lah dengan orang-orang yang suka melakukan SANTAU / SANTET. Bertindak secara berdepan mereka tidak berani, tapi hanya main belakang atau tikam dari belakang. Ibarat TIKUS yang hanya berani bertindak setelah orang tidur atau tiada di rumah.


Solusi

Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan anda semua, cuba FOKUS agar hari-hari kita yang berlalu bukan dihabiskan dengan BERKATA-KATA BURUK dan bertengkar. Lebih baik fokus kepada kerja kita, kemahiran kita, hobi kita agar lebih berkembang dan berfaedah kepada diri sendiri dan orang lain. Ketenangan kita dapat, pahala pun kita dapat insyaAllah.

Yang sepatutnya kita buat ialah MENARIK Non-Muslim agar lebih BERMINAT kepada Islam kerana masih ramai manusia yang belum beriman sebetulnya kepada pencipta kita iaitu Allah S.w.t.  Jangan kita pula yang menyebabkan Non-Muslim benci kepada Islam kerana PERANGAI BURUK kita yang kita pamerkan hari-hari. Kerana semua itu nanti akan DIPERTANGGUNG-JAWABKAN kepada kita.

Ingatlah, ada makhluk halus (Jin Qarin) yang membisikkan kepada kita agar sentiasa tunjuk hero dan berlagak di internet. Janganlah kita diperbodohkan oleh mereka. Kesudahannya nanti hanya PENYESALAN, TIDAK ADA HASIL dan DOSA semakin berlipat kali ganda jika orang lain pula MENGIKUT JEJAK LANGKAH kita. Siapa yang RUGI? Kita sendiri dong.

Sekian dimaklumkan. Wassalaam :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.