Ahad, 10 Mac 2019

11 tahun kahwin masih tidak dapat Zuriat, Ustad Dhanu jelaskan kenapa


Petikan dari acara TV Indo iaitu Siraman Qolbu bersama Ustad Dhanu. Kadang-kadang ada perkara-perkara yang kita anggap remeh dan tidak ada kesan pada kita. Sedangkan masalah hati sesama manusia ini tidak boleh dianggap remeh.

Ada juga perkara yang kita rasa kita tidak salah lakukannya, namun pada sisi Allah kita melakukan kesalahan. Bayangkan Ibu Yayuh dalam video ini yang sakit hati kepada orang tuanya yang meninggalkannya dari dia kecil dan tidak menjaganya. Dia tidak maafkan kepada orang tuanya kerana perbuatan mereka itu, memberi kesan kepada tubuhnya yang tidak dapat melahirkan zuriat.

Maka nasihat dari Ustad Dhanu agar MEMAAFKAN mereka dan JANGAN DENDAM. 

Maka bagaimana pula dengan anak-anak yang melawan orang tua, yang berkata-kata kasar, yang tidak hormati mereka. Ya, kesannya bukan hanya pada tidak mendapat zuriat, bahkan mungkin juga hal-hal lain yang memberi masalah dalam kehidupan. 

Semoga dapat menjadi iktibar dan pelajaran kepada kita semua juga, amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.