Ahad, 17 Mei 2015

Rasulullah ajar Aisyah Doa elak Marah

Air terjun Lata Payung
Ibnu Asakir dalam biografi Juru Azan (Umar ibnu Abdul Aziz) telah menyebutkan sebuah hadits melalui Muslim bin Yasar, dari Aisyah r.a, bahawa apabila Rasulullah S.a.w melihatnya sedang marah, beliau memegang hidungnya dan bersabda;

يا عويش! قولي: اللَّهُمَّ رَبَّ مُحَمَّدٍ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي ، وَأَجِرْنِي مِنْ مُضِلاتِ الْفِتَنِ

"Wahai 'Uwaisy (panggilan kesayangan Aisyah), katakanlah, "Ya Allah, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan-lah panas hatiku, dan lindungi-lah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."

Imam al-Hakim mengetengahkan hadits ini melalui jalur Abu Ahmad, dari al-Bagindi, dari Hisyam ibnu Ammar, bahawa telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Abul Jauza darinya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah at-Taubah, ayat 14]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.