Khamis, 7 Mei 2015

Kisah Imam Abu Hanifah dengan Pemuda Mabuk

Sunrise wallpaper
Abu Hanifah tinggal berjiran dengan seorang pemuda yang gemar meneguk minuman keras. Antara dia dan pemuda itu hanya dipisahkan oleh sebuah tembok. Tatkala dia melewati malamnya dengan membaca kitab, pemuda itu meneguk minuman keras seraya berdendang;

Aku akan bersyair untuk mereka selama mereka menjauhiku
Mereka telah mensia-siakan pemuda seperti ku

Pemuda itu terus mengulang rangkap tersebut. Suatu malam Abu Hanifah tidak mendengar suara si pemuda yang mengundang simpatinya itu. Selesai shalat subuh di masjid, dia bertanya tentang pemuda itu. Dia diberitahu bahawa pemuda itu telah ditangkap ketika sedang mabuk oleh polis, lalu dibawa ke penjara.

Abu Hanifah kemudian pergi ke rumah gabenor. Dia meminta izin dan memperkenalkan diri. Tidak lama kemudian, si gabenor keluar tanpa alas kaki dan tutup kepala. Gabenor itu mencium tangannya seraya berkata, "Wahai tuan, sungguh satu penghormatan anda datang ke rumahku. Ada apa?"

Abu Hanifah menjawab, "Aku datang untuk jiranku yang ditangkap malam itu." 

Gabenor itu berkata, "Ku persaksikan kepada anda, Tuan, saat ini juga aku bebaskan pemuda itu beserta semua orang yang ditangkap malam itu."

Abu Hanifah kemudian pulang bersama pemuda itu. Dia menoleh dan bertanya kepada si pemuda, "Apakah kami telah mensia-siakan mu, wahai saudaraku? Ataukah kami telah memenuhi hakmu sesuai dengan ucapanmu; 'Mereka telah mensia-siakan pemuda sepertiku'?" 

Pemuda itu menjawab, "Tidak, demi Allah, anda tidak mensia-siakan diriku. Bahkan anda telah memerhatikan aku. Semoga Allah memberi anda balasan terbaik. Ku persaksikan kepada anda, aku bertaubat kepada Allah S.w.t."

Setelah itu si pemuda sentiasa bersama Imam Abu Hanifah. Dia tekun beribadah kepada Allah hingga akhir hayatnya.

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu'. Yang dipetik dari kitab Tarikh al-Baghdad, XIII, h. 362-362, dengan sedikit perubahan]


p/s: Salah satu kaedah dakwah yang sangat berhikmah ditunjukkan oleh Imam Abu Hanifah rahimahullah (Imam Mazhab Hanafi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.