Isnin, 13 April 2015

Gunung Pelangi telah disebut di dalam Al-Qur'an

"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya, dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat." [Surah Fathir : 27]


Gunung Pelangi ini terletak di Zhangye Danxia Landform Geological Park, di Gansu Province of China.

Wilayah Danxia, China ini disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 2010 dan telah menjadi tarikan pelancong yang popular ke bandar Zhangye. [1]

Gunung Pelangi
Warna biru, kuning dan oren pada pembentukan batu. Kredit: Xinhua/Landov/Barcroft Media

Gunung Pelangi
Kredit: Getty Images

Al-Qur'an telah menjelaskan fenomena tersebut (seperti dalam ayat di atas) 14 abad yang lalu, bahkan sebelum para Sahabat Rasulullah datang dan berdakwah ke China. [2]

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" [Surah Fushshilaat  : 53]


________________________________

Rujukan:

1 - hoaxorfact.com
2 - hidayatullah.com


1 ulasan:

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.