Isnin, 16 Februari 2015

Duit syiling bentuk sfera “Seven New Wonders of the World”

Duit syiling bentuk sfera Seven New Wonders of the World
The Mint of Poland telah membentangkan satu produk inovatif ketika "World Money Fair 2015", salah satu acara paling berprestij di dunia numismatik. Dengan buatan halus, syiling sfera “Seven New Wonders of the World” (Tujuh Keajaiban Baru Dunia) menarik banyak minat pada majlis itu.

"Tujuh Keajaiban Baru Dunia", adalah duit syiling sfera pertama ditempa secara terperinci. Duit syiling peringatan bernilai muka $7 dollar dikeluarkan oleh Niue ditempa dari perak tulen. 

Duit syiling ini mempunyai diameter 34.00 mm. Ia berdasarkan peta lakaran tangan abad ke-XVII yang dicipta oleh pembuat peta Belanda yang terkenal Willem Janszoon Blaeu, karya ini sangat menarik seni monetari menggabungkan masa lalu dan masa kini dalam reka bentuk yang luar biasa.

"Tujuh Keajaiban Baru Dunia" bukanlah produk pertama inovasi yang ditempa di Mint of Poland. Semasa "World Money Fair" tahun lepas, syarikat itu membentangkan syiling 3D dalam bentuk piramid, dan satu lagi yang dikeluarkan sempena kanonisasi John Paul II - dalam bentuk kiub.



p/s: Ok lah kalau setakat syiling peringatan. Tapi kalau syiling yang diguna untuk jual-beli ditempa begini, alamatnya berbukit-bukau lah poket kita :-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.