Jumaat, 7 November 2014

Hero Airwolf dan kehidupan kini yang sangat berbeza

Pernah menjadi pelakon TV yang mendapat bayaran paling tinggi, Jan-Michael Vincent sekarang hidup sebagai pecandu alkohol dalam pemulihan yang hampir meninggal dunia dua tahun yang lalu selepas jangkitan yang menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Jan-Micheal Vincent Hero Airwolf dan kehidupan kini

Pada pertengahan tahun 80-an, Vincent memperolehi USD$200,000 per episod sebagai juruterbang helikopter Stringfellow Hawke dalam siri televisyen popular teratas Airwolf.

Namun begitu, walaupun ketika penggambaran rancangan TV itu, Vincent telah mengaku bermasalah dengan dadah dan alkohol dan mengakui bahawa dia masih bergelut dengan ketagihan alkohol. Siri TV itu berakhir pada tahun 1986. 

Vincent juga pernah terlibat dengan dua kemalangan kereta yang serius. Dalam kejadian pertama pada tahun 1996, Vincent patah tiga tulang di lehernya dan mengalami kecederaan kekal kepada pita suaranya yang membuatkan suaranya kekal serak.

Kemalangan kedua berlaku pada tahun 2008, tetapi lebih buruk lagi adalah pada tahun 2012 ketika dia mendapat jangkitan kaki akibat komplikasi dari penyakit arteri periferal.

Isteri ketiga Vincent, Anna, mengakui bahawa doktor memberitahunya dia tidak mungkin dapat hidup akibat jangkitan itu dan pada akhirnya mereka tiada pilihan selain untuk memotong bahagian bawah kaki kanannya.

Setelah sebulan di wad pemulihan, dia mendapat jangkitan lain yang memaksa doktor untuk memotong lebih lagi dari kaki kanannya.

Di samping isu-isu kesihatan yang banyak, Vincent juga berjuang untuk membayar hutang USD$70,000 iaitu cukai tertunggak.


[Mail Online]


p/s: Rakyat Amerika Syarikat memang dihimpit dengan beban cukai yang tinggi. Lambat bayar cukai, bunga akan naik melambung. Belum lagi cukai-cukai tanpa sedar. Sedar-sedar saja hutang akibat cukai menggunung tinggi.

IRS akan buru artis-artis ataupun mereka-mereka yang banyak duit, yang bukan kroni mereka .......

Cobaan hidup di dunia. Banyak suka, banyak juga lah dukanya. Semoga kita dapat sentiasa tenang dan perbanyakkan Zikrullah serta Solawat kepada Nabi Muhammad S.a.w.

Semoga Allah Ta'ala memberikan hidayah kepada Jan-Micheal Vincent kepada Islam, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.