Isnin, 27 Oktober 2014

Pantai Teluk Gadung, Dungun, Terengganu

Pantai Teluk Gadung, Dungun

Pantai Teluk Gadung letaknya tidak jauh dari bandar Dungun (dalam 8 KM) dan bersebelahan kampus UiTM Dungun. Pantai ini bersambung dengan Pantai Teluk Lipat. Ada juga sedikit bebatuan di pantai ini (sudah tentu kerana ada sebuah bukit di situ).

Untuk sampai ke pantai ini, hanya ikut jalan pantai Sura yang melewati UiTM Dungun, terus sampai ke hujungnya (di kampung Sura Hujung), dan anda dapat lihat ada signboard pada batu yang bertulis Selamat Datang Taman Bandar Teluk Gadung, di situlah letaknya pantai ini. Di sepanjang jalan menuju ke pantai ini ada banyak gerai makan dan menjual minuman. Di kawasan pantai ini juga ada sebuah tasik kecil dan hutan lipur.

Pantai Teluk Gadong, Dungun

Pantai Teluk Gadung, Dungun

Pantai Teluk Gadung, Dungun




p/s: Seperti gambar-gambar di Pantai Teluk Bidara sebelum ini, tidak dapat ditumpukan dengan baik dan tidak menyeluruh kerana kesemputan masa dan bateri kamera. Mudah-mudahan ada rezeki lagi di lain kali untuk menambah shot di pantai ini, amiin. :-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.