Berita Terkini

Apa maksud di sebalik nama Malaikat dan Nabi ini menurut Bahasa Ibrani?

fractal wallpaper
Nama-nama Malaikat

Jibril

Jibril @ Jibrail (Gabriel) dari bahasa Ibrani (Hebrew) iaitu  גַבְרִיאֵל (Gavri'el), yang bermaksud "strong man of God" atau "lelaki kuat Tuhan". [1]

El dalam Bahasa Ibrani bermaksud Tuhan (Allah).


Mikail

Mikail (Michael) dari bahasa Ibrani iaitu מִיכָאֵל (Mikha'el), yang bermaksud "who is like God?" atau "siapakah yang sama seperti Tuhan?". Ini adalah satu soalan retorik, yang bermaksud, tiada seorang pun yang sama seperti Tuhan.


Israfil

Israfil (Raphael) dari bahasa Ibrani iaitu רָפָאֵל, (Rāfāʾēl), yang bermaksud "God has healed" atau "Tuhan Yang Menyembuhkan"


Izrail

Izrail (Azriel) atau Malikul Maut, berasal dari bahasa Ibrani עָזַר ('Azar) iaitu "bantuan" dan אֵל (' el) "Tuhan". Jadi maksudnya "help of God" atau "pertolongan Tuhan".

Nama Izrail tiada disebut dalam Al-Quran mahupun Al-Hadits. Nama malaikat yang mencabut nyawa seperti yang disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadits ialah Malikul Maut.


Nama-nama Nabi

Daniel

Daniel dari bahasa Ibrani iaitu  דָּנִיֵּאל (Daniyyel), yang bermaksud "God is my judge" atau "Tuhan ialah Hakim-ku".


Syamuel

Syamuel (Samuel) dari bahasa Ibrani iaitu שְׁמוּאֵל (Shemu'el) yang mungkin bermakna sama ada "nama Tuhan" atau "Tuhan telah mendengar".


Ismail

Ismail (Ishmael) dari bahasa Ibrani iaitu יִשְׁמָעֵאל (Yishma'el), yang bermaksud "God will hear" atau "Tuhan akan mendengar".


Israil

Israil adalah gelaran kepada Nabi Ya'kob a.s. Israil dari bahasa Ibrani iaitu  יִשְׂרָאֵל (Yisra'el), yang bermaksud "God contended" atau "Tuhan berhujjah".


Ibrahim

Ibrahim (Abraham) dari bahasa Ibrani Abram, yang bermaksud "bapa yang tinggi".


Ishak

Ishak (Isaac) dari nama Ibrani יִצְחָק (Yitzchaq) yang bermakna "dia ketawa".


Yusuf

Yusuf (Joseph) dari nama Ibrani יוֹסֵף (Yosef) bermaksud "dia akan menambah".


Musa

Musa (Moses) dari nama Ibrani מֹשֶׁה (Mosheh) yang kemungkinan besar berasal dari mes Mesir yang bermaksud "anak", tetapi boleh juga mungkin bermaksud "menyampaikan" dalam bahasa Ibrani.


Harun

Harun (Aaron) dari nama Ibrani אַהֲרֹן ('Aharon) yang kemungkinan besar asal Mesir yang tidak diketahui. Teori-teori lain mendakwa terbitan Ibrani, dan mencadangkan makna seperti "gunung yang tinggi" atau "yang dimuliakan".


Daud

Daud (David) dari nama Ibrani דָּוִד (Dawid), yang mungkin berasal dari Ibrani דוד (dwd) yang bermaksud "yang dikasihi".


Sulaiman

Sulaiman (Solomon) dari bahasa Ibrani iaitu שְׁלֹמֹה (Shelomoh) yang berasal dari perkataan שָׁלוֹם (Shalom), yang bermaksud "peace" atau "keselamatan".


Ilyas

Ilyas (Elias / Elijah) dari nama Ibrani אֱלִיָּהוּ ('Eliyyahu) yang bermakna "Tuhan saya adalah Yahweh".


Ilyasa'

Ilyasa' (Elisha) dari nama Ibrani אֱלִישַׁע ('Elisha'), satu bentuk yang dikontrakkan אֱלִישׁוּעַ ('Elishu'a) yang bermakna "Tuhan saya adalah keselamatan".


Yunus

Yunus (Jonah) dari nama Ibrani יוֹנָה (Yonah) yang bermaksud "merpati".


Zakariyya

Zakariyya (Zechariah) dari nama Ibrani זְכַרְיָה (Zekharyah) yang bermakna "Yahweh mengingati".


Yahya

Yahya (John / Johannes) dari nama Ibrani יוֹחָנָן (Yochanan) yang bermakna "Yahweh itu pengasih".


Isa

Isa (Jesus) dari nama Ibrani יְהוֹשֻׁעַ (Yehoshu'a) yang bermakna "Yahweh adalah keselamatan".


Beberapa nama malaikat dan nama nabi a.s di atas berasal dari bahasa Ibrani (Hebrew). Kerana sebelum Nabi Muhammad S.a.w diutuskan sebagai Rasulullah, para nabi a.s ramai dari keturunan Bani Israel (anak cucu Nabi Ya'kob a.s).  Kerana itulah untuk mengetahui makna / maksudnya, perlu merujuk kepada Bahasa Ibrani (Hebrew) itu sendiri. 

Jika ada pembetulan sila beritahu. Sekadar menambah Pengetahuan Am, semoga dapat menambah juga "keimanan" kita kepada Allah S.w.t, amiin.

Wallahu a'lam ....... :-)


Rujukan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.