Jumaat, 5 September 2014

Wanita Thailand ini mempunyai Tangan Terbesar di dunia

Selama lebih daripada 50 tahun, pemilik sebuah kedai iaitu Duangjay Samaksamam, dari Wilayah Surin, Thailand, telah mengalami penderitaan yang amat jarang berlaku dan menyakitkan yang menyebabkan anggota badannya kekal membengkak. 


Bergerak boleh menjadi sangat menyakitkan walaupun berbuat perkara yang mudah, seperti mencuci dan menyikat rambutnya, adalah amat sukar untuk wanita single berusia 59 tahun ini. 

Malu dengan keadaan dirinya, Duangjay menghabiskan 20 tahun pertama kehidupannya sebagai seorang yang hidup menyendiri, malu dengan penampilannya, jadi dia tidak pernah pergi ke sekolah.

Tetapi dia terpaksa keluar dari bersembunyi untuk mencari nafkah untuk menjaga ibu bapa tua beliau dan mengambil alih menjalankan kedai runcit keluarga.

Duangjay-Samaksamam Wanita Thailand ini mempunyai Tangan Terbesar di dunia

Beliau telah menarik perhatian pegawai perubatan di seluruh dunia, dengan banyak cubaan pembedahan untuk mengurangkan bengkak, tetapi, setakat ini, tiada satu pun yang berjaya.

Duangjay dilahirkan dengan keadaan yang dipanggil Macrodystrophia Lipomastosa, yang menyebabkan sejumlah besar deposit lemak diagihkan di seluruh lengan dan tangannya.

Pada usia 25, dia telah menjalani beberapa siri pembedahan untuk cuba menyelesaikan masalah.

Tetapi bukannya memperbaiki keadaan, pembedahan yang dibuat membuatkan keadaan lebih teruk.

Pakar bedah plastik, Dr Eiju Uchinuma berkata: "Kes ini amat jarang berlaku. Kedua-dua tangannya menjadi besar. Lengan dan tangan beliau sangat besar dan membengkak teruk, tetapi ia boleh menjadi lebih teruk.

"Diagnosis saya adalah bahawa dia adalah orang yang pertama dan satu-satunya di dunia yang mempunyai Macrodystrophia Lipomatosa dari bahu hingga ke jarinya di kedua-dua lengan.

"Punca penyakit ini adalah tidak diketahui dan oleh itu tidak boleh diubati."

Duangjay-Samaksamam Wanita Thailand ini mempunyai Tangan Terbesar di dunia


[mirror.co.uk / Barcroft TV]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.