Sabtu, 23 Ogos 2014

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dilantik sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

KENYATAAN MEDIA DPPN TERENGGANU 

23 OGOS 2014

UCAPAN TAHNIAH BUAT TUAN GURU PRESIDEN PAS

Bismillah...

Mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang telah diberikan kepercayaan oleh Al-Imam Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama' Sedunia. Ia sekaligus sebagai satu pengiktirafan buat Tuan Guru Presiden untuk menjadi pembantu utama kepada peranan tokoh ulama' dunia ini.

Peranan besar Tuan Guru Presiden dalam Majma' Taqreeb dilihat antara pencapaian cemerlang di arena antarabangsa. Justeru, pemilihan ini dianggap tepat dan memberikan pengiktirafan buat ummat Islam di sebelah Asia Tenggara.

Pertubuhan Kesatuan Ulama' Sedunia dilihat amat berprestij di mata dunia, apatah lagi dipimpin oleh ulama' tersohor di peringkat antarabangsa. Pandangan-pandangan yang tajam diberikan untuk mengolah keseluruhan dilema dan permasalahan ummah diharap akan terus diberikan keutamaan oleh badan bertaraf antarabangsa ini. Penglibatan Tuan Guru Dato' Seri Presiden di peringkat tertinggi kesatuan dipercayai akan mengukuhkan lagi badan ini ekoran beliau antara ulama' yang terlibat aktif dalam arena politik dan berpengalaman luas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Anak-anak muda PAS di seluruh Terengganu mendoakan agar Tuan Guru Dato' Seri Presiden sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT bagi menguruskan permasalahan ummah dan menabur bakti buat seluruh manusia di dunia ini.

INFIRU

Yang benar,

Ustaz Kamaruzzaman Bin Abdullah

Ketua DPP NEGERI TERENGGANU.

Kredit: pas.org.my


ALLAHU AKBAR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.