Selasa, 5 Ogos 2014

Kelawar Emas diklasifikasikan sebagai spesis baru

Kelawar Emas Myotis midastactus
Para saintis telah mengklasifikasikan kelawar Bolivia sebagai spesis baru, dan mengambil inspirasi daripada bulunya yang pendek, kuning emas, sempena King Midas (nama dalam mitos Greek). Kelawar ini sebelumnya dikenal pasti sebagai Myotis simus, iaitu sejenis kelawar bertelinga-tikus yang hidup di Amerika Selatan.

Saintis kini telah menamakan semula ia kepada Myotis midastactus, sempena King Midas dan sentuhan emasnya. Selepas memeriksa 27 spesimen kelawar di muzium di Amerika Syarikat dan Brazil, pakar-pakar menyedari bahawa makhluk yang tinggal di Savannah, Bolivia itu, adalah spesis yang sama sekali berbeza.

Di samping itu, ahli-ahli sains dari Fundação Oswaldo Cruz (Yayasan Oswaldo Cruz), Rio de Janeiro, Brazil dan Institut Smithsonian di Washington, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa Myotis simus tidak tinggal di Bolivia, tetapi didapati di Argentina, Brazil, Ecuador, Paraguay dan Peru - lagi mengasingkan kedua-dua spesis itu.

Dalam kajian yang disiarkan dalam 'Journal of Mammalogy', ahli-ahli sains menerangkan bagaimana perbezaan dalam warna bulu haiwan keemasan ini, dan juga perbezaan untuk tengkorak yang "memang tidak disangkalkan lagi membezakan" kelawar itu dari semua Myotis neotropical lain.

Seperti kelawar lain, ia hidup dengan memakan serangga kecil, dan berehat (tidur dalam keadaan bergantungan) sepanjang hari dalam lubang di dalam tanah, pokok-pokok berongga dan di bawah bumbung jerami.

[The Independent]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.