Isnin, 14 Julai 2014

Taliban beri amaran pada ISIS untuk elakkan ekstremisme

Kumpulan Taliban di Afghanistan telah menyeru militan di Iraq dan Syria untuk mengelakkan ekstremisme, bersatu dan menahan diri dari menghakimi orang lain tanpa bukti.

Kenyataan oleh Taliban Afghanistan nampaknya ditujukan kepada Negara Islam (ISIL), yang baru-baru ini mengisytiharkan khalifah Islam di wilayah ia mengawal di Iraq dan Syria.

Kenyataan Taliban Afghanistan yang diterbitkan pada hari Khamis, nampaknya ditujukan pada konflik terbaru antara kumpulan Islam di Timur Tengah untuk keunggulan dalam perjuangan global mereka.

Taliban dalam kenyataannya telah mencadangkan untuk pembentukan Majlis Syuura (perundingan) dari pemimpin-pemimpin semua puak jihad dan orang terkenal antara pakar dan cendekiawan di Syria untuk menyelesaikan konflik mereka. 

Taliban menggesa golongan ini untuk mengelakkan ekstremisme dalam agama, dan menghakimi orang lain tanpa bukti dan mencurigai satu sama lain. 

"Mereka tidak boleh fikir pendapat mereka lebih baik daripada yang lain, dan elakkan konflik dan pertikaian," kata kenyataan itu.

[Khaama Press]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.