Khamis, 3 Julai 2014

Ramadhan jadi ‘Bulan Membaca Buku’ di Bangladesh

Ramadhan jadi Bulan Membaca Buku di Bangladesh
Suasana Ramadhan di Bangladesh amat berbeza dengan negara lain. Waktu berpuasa, Muslim Bangladesh justeru lebih banyak memanfaatkan waktunya untuk memperbanyak membaca buku agama. Bahkan, telah menjadi tradisi di Bangladesh, setiap tahun dibuka pameran buku di bulan Ramadhan. 

Jadi bulan Ramadhan bagi Muslim di negeri pecahan India itu sebagai bulan membaca buku. Pameran buku berlangsung sejak hari pertama hingga penghujung Ramadhan. Biasanya lokasi pameran di Masjid Bait Al-Mukarram di ibu negara Bangladesh, Daka. 

Sejak mula dikuatkuasakan tahun 1982, pameran buku ini dilakukan atas kerjasama antara pelbagai institusi Islam di Bangladesh dan juga Menteri Hal Ehwal Agama.

Para penerbit buku terbiasa menyediakan siri kitab baru dalam pameran satu bulan berikut harga diskaun untuk memancing keinginan pembeli. Jawatankuasa pameran kadang menyediakan pelbagai buku percuma pada jam-jam tertentu di waktu pagi atau petang.

Dalam pameran Ramadhan ini, pengunjung yang datang tidak hanya dari umat Islam sahaja, yang non-Muslim pun ikut memadati ruang pameran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.