Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Ukraine

Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Ukraine
Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 disyaki ditembak jatuh di sempadan Ukraine. Belum diketahui dengan tepat siapa yang menembak jatuh pesawat awam yang sedang terbang dari Amsterdam, Belanda menuju Kuala Lumpur, Malaysia ini, lapor Detik News.

Maklumat tentang dugaan pesawat itu ditembak roket dikemukakan pejabat berita CNN, Khamis (17/7/2014). Ada dugaan pesawat itu ditembak hingga jatuh di kawasan konflik itu. Pesawat dikhabarkan jatuh di kawasan sempadan Ukraine dan Russia.

Jumlah penumpang yang dilaporkan terkorban ialah 298 orang (283 penumpang, 15 kru).

Pesawat itu terbang pada ketinggian 33,000 kaki di timur Ukraine apabila ia telah dihentam oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah pelancar Buk dan mendarat berhampiran bandar Donetsk - kubu kuat pemberontak pro-Rusia.

Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk telah mengarahkan siasatan terhadap bencana itu, kata jurucakapnya Olga Lappo pada hari Khamis.

Malaysia Airlines telah tweet di akaun rasminya mengesahkan ia telah "terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam".


Menurut laporan CNN, berita pesawat Malaysia ini dalam minggu yang sama dimana laporan-laporan rasmi Ukraine berkata pesawat pejuang Russia telah menembak jatuh jet Ukraine manakala jet itu di dalam ruang udara Ukraine.

Konsultan keselamatan penerbangan CNN, Mary Schiavo berkata, pesawat itu terbang di kawasan yang bermasalah.


Serpihan Pesawat Malaysia Airlines MH17

Serpihan Pesawat Malaysia Airlines MH17

Serpihan Pesawat Malaysia Airlines MH17


Serpihan Pesawat Malaysia Airlines MH17



Serpihan Pesawat Malaysia Airlines MH17


Media Russia melaporkan bahawa pasukan RU menembak jatuh pesawat kargo Ukraine tetapi ia ternyata adalah pesawat MH17.

[Detik News / The Independent / CNN / Huffington Post]


p/s: Innaalillahi wa innaa ilaihi raaaji'un .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.