Rabu, 16 Julai 2014

Nasihat Nabi Ilyas kepada Al-Azadi tentang Calon Isteri

Gambar outdoor pengantin baru
Menurut cerita, bahawa pengembara Al-Azadi telah bertemu dengan Nabi Ilyas a.s dalam pengembaraan-nya. Lalu Nabi Ilyas menyuruh Al-Azadi kahwin dan melarangnya dari hidup membujang. 

Kemudian beliau bersabda, "Janganlah engkau kahwini empat jenis wanita; al-mukhtali'ah, al-mubariyah, al-'ahirah dan an-nasyiz."

Adapun al-mukhtali'ah; iaitu wanita yang setiap masa, tanpa sebab munasabah meminta khulu' (pelepasan nikah dengan menyerahkan sesuatu kepada pihak suami).

Al-mubariyah; iaitu yang membangga diri terhadap wanita lain dan menyombongkan diri dengan hal-hal keduniaan yang ada padanya.

Al-'ahirah; iaitu wanita yang fasiq yang dikenali mempunyai kawan atau teman rahsia. Dia adalah wanita yang disebut pada firman Allah Ta'ala, "Dan bukan yang mengambil (lelaki lain) menjadi teman rahsia." [an-Nisaa' : 25]

Dan an-nasyiz, iaitu yang meninggi diri terhadap suaminya dengan perbuatan dan perkataan. Dan kata-kata an-nasyiz diambil dari kata-kata "an-nasy-zi", iaitu yang meninggi dari bumi.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Adab Nikah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.