Rabu, 16 Julai 2014

Kisah Nabi Yunus bersabar dengan isterinya sebagai Seksaan Dunia

Muara di Taman Tamadun Islam
Dalam kisah nabi-nabi a.s diceritakan, bahawa suatu golongan datang kepada Nabi Yunus a.s. Lalu beliau menggabungkan diri bersama mereka. Maka masuk dan keluar dari rumahnya. Lalu beliau disakiti oleh isterinya dan dimakinya. Dan beliau berdiam diri saja.

Mereka itu merasa hairan melihat keadaan demikian. Lalu Nabi Yunus a.s bersabda, "Janganlah kamu hairan, kerana aku telah bermohon kepada Allah Ta'ala dan aku mengatakan, "Janganlah Engkau menyiksaku di akhirat! Maka segerakan-lah seksaan itu bagiku di dunia!" 

Maka Allah Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya seksaan mu ialah anak perempuan si anu yang engkau kahwin dengannya."

Maka aku kahwin dengan anak perempuan itu dan aku bersabar di atas apa yang engkau lihat daripadanya."

Tentang kesabaran di atas, yang demikian itu adalah latihan bagi jiwa, menghancurkan kemarahan dan membaguskan akhlaq. Kerana orang yang tinggal sendirian atau sekutu dengan orang yang bagus akhlaqnya, tidaklah tersaring dari kekejian jiwa kebatinan dan tidaklah terbuka segala kekurangan-nya yang tersembunyi.

Maka layaklah bagi orang yang berjalan ke jalan akhirat, mencuba dirinya dengan menempuh segala penggerak yang seperti itu serta membiasakan kesabaran kepadanya. Supaya luruslah akhlaqnya, terlatih-lah jiwanya dan bersihlah dari segala sifat yang tercelah kebatinan-nya. 

Dan kesabaran terhadap tingkah-laku keluarga, dimana kesabaran itu merupakan latihan dan perjuangan, adalah pikulan bagi mereka dan menegakkan hak-hak keluarga serta dengan sendirinya menjadi ibadah.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Adab Nikah]


p/s: Oleh itu tidak perlu hairan-lah kalau kita mendapat isteri yang kuat berleter. Sedangkan Nabi pun ada yang diuji dengan isteri yang berleter. Begitu juga dengan Umar ibnu al-Khattab r.a. Semua itu adalah cobaan .......

1 ulasan:

  1. Membaca, mendengar dan merenungkan kisah-kisah nabi s.a.w adalah kesukaan hambe allah ialah aku. Name (MOHAMAD ZULKIFLI BIN HUSSAIN)
    # kedua ibubapa aku yang memberi name nabi zulkifli atas name diri aku sendiri..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.