Rabu, 2 Julai 2014

Kisah Nabi Ibrahim bertemu Dzul Qarnain

Padang pasir
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Rafi', telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab ibnu Mu'awiyah, dari Abdul Mu-min ibnu Khalid, dari Alya ibnu Ahmar, ketika Dzul Qarnain tiba di Mekah, dia menjumpai Ibrahim a.s dan Ismail  a.s sedang membina dasar-dasar Baitullah dari lima buah bukit. 

Dzul Qarnain bertanya, "Apakah yang sedang kalian berdua lakukan terhadap tanah kekuasaan kami?" Ibrahim menjawab, "Kami adalah dua hamba Allah yang diperintahkan untuk membangun Ka'bah ini." Dzul Qarnain bertanya, "Kalau demikian, kemukakanlah bukti yang memperkuatkan pengakuan kalian itu." Maka bangkitlah lima ekor kambing, lalu kelima-limanya mengatakan, "Kami bersaksi bahawa Ibrahim dan Ismail adalah dua orang hamba Allah, yang kedua-duanya diperintahkan untuk membangun Ka'bah ini." Akhirnya Dzul Qarnain berkata, "Aku rela dan menyerah," kemudian dia melangsungkan perjalanan pengembaraannya. 

Al-Azraqi meriwayatkan di dalam kitab Tarikh Mekah-nya bahawa Dzul Qamain ikut tawaf bersama Nabi Ibrahim a.s. di Baitullah. Riwayat ini menunjukkan bahawa Dzul Qarnain hidup di masa silam sebelum Nabi Ibrahim.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 125 - 128]


Adapun yang dimaksud dengan Dzulqarnain telah disebutkan oleh Al-Azraqi dan lain-lainnya, bahawa dia tawaf bersama Ibrahim al-Khalil a.s ketika Nabi Ibrahim pertama kalinya membangun Ka'bah. Dia beriman kepada Nabi Ibrahim dan menjadi pengikutnya. Penasihatnya adalah Nabi Khidhir a.s.

Setelah Ibrahim a.s membangunkannya (Ka'bah), dia menghidangkan haiwan korbannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengikuti jejak Nabi Ibrahim.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Kahfi : ayat 83 - 84]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.