Khamis, 17 Julai 2014

Cadbury keluarkan Mesin layan diri cubaan berdasarkan data Facebook

Setelah aman dari tuduhan DNA babi sebelum ini, Cadbury nampaknya muncul dengan suatu yang baru. Kini, gergasi coklat Cadbury menguji mesin layan diri yang bertujuan untuk memberikan pelanggan rasa sempurna sepadan dengan menggunakan data dari Facebook, lapor Metro.

Cadbury Joy Generator

The Joy Generator, yang dibuat cubaan di Sydney, Australia, dipadankan dengan perisa seperti Rocky Road, Crunchie atau Delight Turki kepada setiap individu berdasarkan data yang berkaitan dengan pilihan peribadi mereka di laman media sosial tersebut.

Tempoh percubaan selama satu hari dan coklat diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar profil Facebook mereka pada skrin sentuh mesin itu.

Aplikasi Pemadan Perisa yang digunakan bagi Joy Generator tidak lama lagi akan disediakan di laman Facebook Cadbury.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.