Sabtu, 19 Julai 2014

Briged Al-Qassam sediakan Seperempat Juta Bom Tangan untuk melawan Israel

Briged Al-Qassam sediakan Seperempat Juta Bom Tangan
Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera dari pergerakan pejuang Islam Hamas, menyatakan bahawa saat ini mereka telah menyiapkan satu perempat juta bom tangan (grenade) dan berada ditangan para pejuang Palestine untuk melontar kepada para tentera penjajah Israel. 

Perkara ini disampaikan oleh jurucakap Al Qassam Abu Ubadiah dalam keterangan akhbar rasminya malam Jumaat (18/7) waktu Gaza. 

Lebih lanjut Abu Ubaida menyatakan bahawa ketika ini bukan batu yang berada ditangan pemuda Palestine, akan tetapi seperempat juta bom tangan disiapkan oleh mereka untuk dilemparkan kepada penjajah Israel.

"Kami telah mencipta produk ketenteraan milik al Qassam. Seperempat juta bom tangan di tangan para pemuda kita. Pengganti batu untuk menghancurkan musuh. Dan kami masih mempunyai jauh lebih banyak persediaan untuk meruntuhkan kesombongan musuh. Dan kami meyakini bahawa kami perlu berusaha adapun hasilnya terserah kepadaAllah," ujar Abu Ubaidah. 

Al Qassam juga menegaskan bahawa Netanyahu (Perdana Menteri penjajah Israel) akan mengalami kekecewaan, kekalahan dan kehinaan. 

"Netanyahu akan putus asa, kecewa, terhina dan mengalami kekalahan insyaAllah serta membawa pasukannya kepada kekalahan dan menjadikan siapa pun yang berkonspirasi ke atas rakyat Palestine menyesal kerana telah berdiri di barisan musuh yang telah membunuh para nabi," tegasnya. Menurut Abu Ubaida, beribu-ribu pejuang telah mempersiapkan diri untuk pertempuran sengit melawan para penjajah.

"Kami telah mempersiapkan diri kami untuk pertempuran sengit melawan para penjajah. Kerana kami lebih bersemangat dan bermotivasi dalam mencapai matlamat kami," ujarnya, "agar musuh mengetahui bahawa apa yang telah hilang dari kami telah kami kembalikan dan kami mengubahsuai sepanjang peperangan. Dan beribu-ribu dari mujahidin kami telah menunggu-nunggu giliran mereka untuk ikut terjun dalam pertempuran ini. "

Di bahagian akhir Abu Ubaida menyampaikan bahawa perjuangan ini tidak mungkin ditolak oleh sesiapa yang memperjuangkan tanah Isra dan Mi'raj (Palestine).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.