Khamis, 31 Julai 2014

Anonymous Godam laman web Mossad

Anonymous Godam laman web Mossad
Kumpulan penggodam Anonymous dilaporkan telah menggodam laman web pasukan rahsia Israel iaitu Mossad bagi memprotes serangan tentera Israel di Gaza. Kumpulan Penggodam itu telah mensasarkan beberapa organisasi dalam misi mereka untuk menghentikan "penghapusan bangsa" (genocide). 

Laman web Mossad itu terus offline pada kira-kira pukul 00:40 GMT dan masih "down" pada masa ini. Kerajaan Israel masih belum membuat apa-apa komen mengenai serangan hack (godam) tersebut.

Dalam serangan sebelum ini pada hari Isnin, Anonymous menumbangkan beberapa laman web kerajaan Israel selepas salah seorang ahli kumpulan itu meninggal dunia di Tebing Barat pada hujung minggu. Tayeb Abu Shehada, 22, terbunuh dalam bantahan di perkampungan Huwwara di Tebing Barat selepas penduduk dan askar Israel melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan, dilaporkan oleh Ma'an News Agency yang berpusat di Bethlehem.

Anonymous melancarkan kempen penggodaman terhadap Israel serentak dengan permulaan Operation Protective Edge pada 7 Julai. Anonymous mendakwa bahawa sejak operasinya bermula, ia telah meng "offline" kan ribuan laman web Israel. Kumpulan penggodam itu juga mengeluarkan 170 log-butiran Isnin lepas yang mereka kata milik pegawai-pegawai Israel.

[RT]


p/s: Semoga Anonymous terus menggodam Israel melalui alam cyber. Kucar-kacirkan mereka dari pelbagai sudut, agar mereka semakin tertekan dan menggelabah.

Eloknya godam bank-bank atau apa saja sistem yang menyimpan dana kerajaan Israel atau yang sewaktu dengannya, agar ekonomi mereka lumpuh. Apabila ekonomi lumpuh, sudah tentu dana untuk ketenteraan pun turut lumpuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.